Sebelum kita pelajari lebih banyak lagi tentang bentuk geometri, apa kata kita mengenali apakah Geometri.
Ilmu geometri telah wujud dan berkembang sejak dari zaman mesir purba, walaupun ia lebih lama daripada itu. Pandangan cendikiawan hanya merujuk bermulanya ilmu geometri pada zaman Tamadun Mesir, kerana bermula pada zaman inilah, ilmu geometri direkodkan secara bertulis. Unsur perkembangan geometri adalah disebabkan aktiviti menyukat semula kawasan milik penduduk mesir yang sering di landa banjir akibat limpahan sungai Nil.
Nak tahu bagaimana nama Geometri berasal? Ia berasal daripada perkataan latin iaitu ‘Geo’ yang bermaksud tanah, dan ‘metri’ yang bermaksud ukur. Secara umumnya, ilmu geometri adalah cabang ilmu matematik yang mengambil berat persoalan mengenai saiz, bentuk, dan kedudukan relatif dari rajah dan sifat ruang. Geometri ialah salah satu dari sains yang tertua. Permulaan geometri terawal yang direkodkan boleh dijejak ke Mesopotamia purba, Mesir, dan Lembah Indus dari sekitar 3000 SM. Geometri awal adalah koleksi dari empirikal yang dijumpai yang mengambil berat jarak, sudut, luas, dan isipadu, yang telah berkembang untuk menemukan sesetengah keperluan praktikal dalam tinjauan, pembinaan, astronomi, dan berbagai kraf.
2-Dimensi (2-D)
2 Dimensi juga dikenali sebagai 2-Matra.
Ciri-ciri bentuk 2-D ialah :
- Bentuk 2-D mempunyai lebar dan panjang.
- Bentuk 2-D mempunyai permukaan yang rata.
- Bentuk 2-D mempunyai bucu kecuali bentuk bulat dan bujur.
- Semua bentuk 2-D bersisi lurus kecuali bentuk bulat dan bujur iaitu sisi melengkung.
Lihat contoh-contoh bentuk 2-D.
Segi tiga (Triangle)
* 3 sisi
* 3 bucu

Pentagon
* 5 sisi
* 5 bucu
Bulat (Circle)
* Sisi melengkung
* Tiada bucu

Bujur (Oval)
* Sisi melengkung
* Tiada bucu

Oktogen(Octogen)
* 8 sisi
* 8 bucu

Heptagon
* 7 sisi
* 7 bucu

Hexagon
* 6 sisi
* 6 bucu
Bintang (Star)
* 10 sisi
* 5 bucu
3-Dimensi (3-D)
Lihat contoh-contoh bentuk 3-D.

Piramid (Pyramid)
* 5 permukaan rata
* 5 bucu
Silinder (Cylinder)
* 2 permukaan rata
* 1 permukaan melengkung
Sfera (Sphere)
* 1 permukaan melengkung
Kon (Cone)
* 1 bucu
* 1 permukaan rata
* 1 permukaan melengkung



Selamat Mencuba....
cerianya blog ni kita pun jadi beerminat nk ketahui lebih lanjut bentuk geometri
ReplyDeleteMudah difahami oleh anak2...
ReplyDeletemudah di fahami
ReplyDeletebaguslah...
ReplyDeletesenang sangat nak faham...
sukalah ia terlalu mudah nak faham...
baguslah...
ReplyDeletesenang sangat nak faham...
sukalah ia terlalu mudah nak faham...
Adakah leper merupakan satu bentuk.?
ReplyDeleteAdakah leper merupakan satu bentuk.?
ReplyDeleteThis is the best website
ReplyDeleteFor me.THANK YOU
Thanks
ReplyDeleteApakah sifat geometri hemisfera
ReplyDelete