Get Your Own Scroller

Sunday, 25 September 2011

Bentuk dan Ruang


Mari kita kenali bentuk segi empat sama dan segi empat tepat




Segi Empat Sama (Squre)

  • Segi empat sama mempunyai 4 sisi yang sama saiznya.
  • Untuk mencari perimeter untuk segi empat sama ialah :
           = 4 x sisi
  • Untuk mencari luas pula, rumusnya ialah :
          = Panjang x Lebar
          = P x L


Segi Empat Tepat (Rectangle)
  • Segi empat tepat mempunyai 4 sisi dan 2 sisinya yang berbeza.
  • Untuk mencari perimeter segi empat tepat ialah :
      = (2 x Panjang) + (2 x Lebar)
  • Untuk mencari luas bagi segi empat tepat ialah :
      = Panjang x Lebar
      = P x L
   
Mari kita kenali bentuk kubus dan kuboid pula




Kubus (Cube)

Mari kita belajar pula tentang kubus.

Ciri-ciri sebuah kubus ialah :
  • Mempunyai 6 permukaan.
  • Mempunyai 8 bucu.
  • Mempunyai 12 sisi.
  • Setiap sisinya sama.
Formula untuk mencari isipadu kubus ialah :
  • Panjang x Lebar x Tinggi
  • P x L x T
Mari kita lihat bentangan kubus.






Banyak benda yang berbentuk kubus terdapat di sekeliling kita. Antaranya ialah :



 

Kuboid (Cuboid)

Kita lihat pula kuboid.



Ciri-ciri sebuah kuboid lebih kurang sama dengan kubus. Ciri-ciri sebuah kuboid ialah :
  • Mempunyai 6 permukaan.
  • Mempunyai 12 sisi.
  • Mempunyai 8 bucu.
Formula untuk mencari isipadu kuboid ialah :
  • Panjang x Lebar x Tinggi
  • P x L x T
Mari kita lihat bentangan kuboid.

Lihat contoh-contoh benda yang berbentuk kuboid.











Cuba anda fikirkan benda-benda lain,selain gambar yang saya tunjukkan.

2 comments: