Get Your Own Scroller

Friday 9 December 2011

Bentuk

Image Detail
Apakah yang dimaksudkan dengan bentuk?

1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia  mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi(3D).

2. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik.

3. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna.

4. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata.
  



Ciri-ciri bentuk :
1. Bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi ketinggian,  lebar dan kedalaman.
2. Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna.
3. Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan.
4. Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahaya dan bayang.


Mari berhibur sambil mengenali nama bentuk.



Thursday 1 December 2011

Piramid, Sfera dan kon

Piramid

Apabila perkataan "piramid" disebut, mesti satu gambaran yang terbayang di fikiran kita adalah seperti dalam gambar di bawah...

Piramid seperti ini terdapat di negara Mesir. Mari kita lihat, secara lebih terperinci. Piramid adalah sebuah bentuk yang mempunyai tapak poligon dan disambungkan dengan segi tiga yang bertemu di bucu.Tinggi sesebuah piramid pula di kira jarak ukuran yang bersudut tepat dari tapak ke bahagian bucu piramid. Berikut adalah contoh sebuah piramid yang dilukis dalam 3-D.
Untuk mencari isipadu sesebuah piramid, kita gunakan rumus di bawah;

 Isipadu    = 1/3 x (luas tapak) x tinggi
                = 1/3 x L x T
                = 1/3 (LT)




Sfera

Tahukah anda perbezaan di antara sfera dan bulatan?


Bentuk sfera adalalah seperti bentuk bola. Manakala bulatan
seperti bentuk piring.  Kita lihat contoh-contoh bentuk sfera  di
bawah

Sekarang mari kita pelajari cara untuk mengira isipadu dan juga luas permukaan bagi sfera. Rajah di bawah akan membantu anda untuk lebih faham cara mengira isipadu dan juga luas permukaan sfera.

Isipadu sfera = 4/3 πr²
Luas permukaan sfera = 4πr²
π= 22/7
r = panjang jejari bulatan
 
Kon
 
Kon mempunyai sebuah tapak bulatan. Mempunyai permukaan yang melengkung dengan satu bucu pada bahagian puncaknya. Tinggi sebuah kon merupakan jarak antara tapak bulatan yang bersudut tepat dengan bucunya. Rajah di bawah menunjukkan contoh sebuah kon.

Seperti biasa, kita akan belajar mencari isipadu dan juga luas permukaan bagi kon. Ini adalah formula bagi mencari isipadu kon.:
Isipadu=1/3 πr²h 
Luas = πrs + πr² (r +s)





Wednesday 30 November 2011

Mari Melukis Gambar.

Cuba anda fikirkan sebuah gambar yang boleh membentuk lukisan dengan menggunakan bentuk-bentuk geometri seperti di bawah:
Mari kita lihat contoh-contoh gambar yang menggunakan bentuk geometri.


Keretapi

Kuda
Bunga dan rama-rama


Bangunan


Selain daripada kita mengenali dan mempelajari bentuk-bentuk geometri, kita dapat membina dan melukis gambar dengan menggunakan bentuk-bentuk geometri. Menarik bukan...


Jika anda berjaya menghasilkan lukisan dengan menggunakan bentuk-bentuk geometri ini, anda memang seorang yang kreatif.
Syabas…

 

Tuesday 29 November 2011

Mari kita tonton.




Mari tonton video ini dan cuba ingatkan rumus yang diberikan. Mari kita menyanyi...











               

Mudah bukan, untuk mengingati nama-nama bentuk geometri sambil menyanyi.

Bentuk-bentuk Geometri




Sebelum kita pelajari lebih banyak lagi tentang bentuk geometri, apa kata kita mengenali apakah  Geometri.

Ilmu geometri telah wujud dan berkembang sejak dari zaman mesir purba, walaupun ia lebih lama daripada itu. Pandangan cendikiawan hanya merujuk bermulanya ilmu geometri pada zaman Tamadun Mesir, kerana bermula pada zaman inilah, ilmu geometri direkodkan secara bertulis. Unsur perkembangan geometri adalah disebabkan aktiviti menyukat semula kawasan milik penduduk mesir yang sering di landa banjir akibat limpahan sungai Nil.

Nak tahu bagaimana nama Geometri berasal? Ia berasal daripada perkataan latin iaitu ‘Geo’ yang bermaksud tanah, dan ‘metri’ yang bermaksud ukur. Secara umumnya, ilmu geometri adalah cabang ilmu matematik yang mengambil berat persoalan mengenai saiz, bentuk, dan kedudukan relatif dari rajah dan sifat ruang. Geometri ialah salah satu dari sains yang tertua. Permulaan geometri terawal yang direkodkan boleh dijejak ke Mesopotamia purba, Mesir, dan Lembah Indus dari sekitar 3000 SM. Geometri awal adalah koleksi dari empirikal yang dijumpai yang mengambil berat jarak, sudut, luas, dan isipadu, yang telah berkembang untuk menemukan sesetengah keperluan praktikal dalam tinjauan, pembinaan, astronomi, dan berbagai kraf.




2-Dimensi (2-D)




2 Dimensi juga dikenali sebagai 2-Matra.
Ciri-ciri bentuk 2-D ialah :
  • Bentuk 2-D mempunyai lebar dan panjang.
  • Bentuk 2-D mempunyai permukaan yang rata.
  • Bentuk 2-D mempunyai bucu kecuali bentuk bulat dan bujur.
  • Semua bentuk 2-D bersisi lurus kecuali bentuk bulat dan bujur iaitu sisi melengkung.
Lihat contoh-contoh bentuk 2-D.

triangle
Segi tiga (Triangle)
* 3 sisi
* 3 bucu

                                                                       
Pentagon
* 5 sisi
* 5 bucu

                                                                        
Image Detail

Bulat (Circle)
* Sisi melengkung
* Tiada bucu

   
Image Detail
Bujur (Oval)
* Sisi melengkung
* Tiada bucu

Image Detail
Oktogen(Octogen)
* 8 sisi
* 8 bucu

Image Detail
Heptagon
* 7 sisi
* 7 bucu
Image Detail
Hexagon
* 6 sisi
* 6 bucu


Bintang (Star)
* 10 sisi
* 5 bucu




3-Dimensi (3-D)
Image Detail

3 Dimensi juga dikenali sebagai 3-Matra. 3 dimensi atau biasa disingkat 3-D atau disebut ruang, adalah bentuk dari benda yang memiliki panjang, lebar dan tinggi.


Lihat contoh-contoh bentuk 3-D.


Piramid (Pyramid)
* 5 permukaan rata
* 5 bucu



Silinder (Cylinder)
* 2 permukaan rata
* 1 permukaan melengkung

Sfera (Sphere)
* 1 permukaan melengkung

Kon (Cone)
* 1 bucu
* 1 permukaan rata
* 1 permukaan melengkung



Setelah anda faham tentang ciri-ciri bentuk geometri, anda boleh mencuba untuk menjawab latihan yang disediakan.


Selamat Mencuba....