Get Your Own Scroller

Thursday, 1 December 2011

Piramid, Sfera dan kon

Piramid

Apabila perkataan "piramid" disebut, mesti satu gambaran yang terbayang di fikiran kita adalah seperti dalam gambar di bawah...

Piramid seperti ini terdapat di negara Mesir. Mari kita lihat, secara lebih terperinci. Piramid adalah sebuah bentuk yang mempunyai tapak poligon dan disambungkan dengan segi tiga yang bertemu di bucu.Tinggi sesebuah piramid pula di kira jarak ukuran yang bersudut tepat dari tapak ke bahagian bucu piramid. Berikut adalah contoh sebuah piramid yang dilukis dalam 3-D.
Untuk mencari isipadu sesebuah piramid, kita gunakan rumus di bawah;

 Isipadu    = 1/3 x (luas tapak) x tinggi
                = 1/3 x L x T
                = 1/3 (LT)




Sfera

Tahukah anda perbezaan di antara sfera dan bulatan?


Bentuk sfera adalalah seperti bentuk bola. Manakala bulatan
seperti bentuk piring.  Kita lihat contoh-contoh bentuk sfera  di
bawah

Sekarang mari kita pelajari cara untuk mengira isipadu dan juga luas permukaan bagi sfera. Rajah di bawah akan membantu anda untuk lebih faham cara mengira isipadu dan juga luas permukaan sfera.

Isipadu sfera = 4/3 πr²
Luas permukaan sfera = 4πr²
π= 22/7
r = panjang jejari bulatan
 
Kon
 
Kon mempunyai sebuah tapak bulatan. Mempunyai permukaan yang melengkung dengan satu bucu pada bahagian puncaknya. Tinggi sebuah kon merupakan jarak antara tapak bulatan yang bersudut tepat dengan bucunya. Rajah di bawah menunjukkan contoh sebuah kon.

Seperti biasa, kita akan belajar mencari isipadu dan juga luas permukaan bagi kon. Ini adalah formula bagi mencari isipadu kon.:
Isipadu=1/3 πr²h 
Luas = πrs + πr² (r +s)





3 comments:

  1. kalu tak silap rumus isipadu sfera = 4/3*pi*r^3

    ReplyDelete
  2. Nak tanya ni, kalau tahu. Macam mana rumus isi padu sfera (4/3 X pi X r^3) boleh diterbitkan ye?

    ReplyDelete
  3. macam mana nak cari tinggi sesebuah piramid kalau hanya diberi luas tapak

    ReplyDelete